www.facebook.com/potongrumputpulaupinang

Wednesday, October 16, 2019



meracun atau potong? yang mana lebih efektif

potong

rumput yang tumbuh atas permukaan batu sukar untuk dipotong RAPAT .


ini adalah kerana batu akan terpelanting . jika terdapat cermin sekitar kawasan tersebut, kemungkinan besar akan kena pada cermin.


batu juga akan pelanting pada pemotong rumput. risiko mengalami kecederaan adalah tinggi. sebab tu majoriti pemotong tidak akan potong rapat.


penggunaan tali juga lebih banyak dari biasa kerana tali akan bergesel pada batu, menyebabkan tali menjadi pendek dan tumpul. maka kekerapan  penukaran tali berlaku.

rumput yang telah dipotong  pendek akan tumbuh semula dalam masa 2 minggu saja.


jika hujan dalam masa 1/2 minggu selepas dipotong, rumput tersebut akan menjadi panjang dan tebal dengan lebih cepat.




meracun

umumnya mengetahui meracun akan membunuh rumput atau pun lalang dari tumbuh semula. samada permukaan tersebut terdapat batu atau tidak, teknik meracun akan membunuh kesemua tumbuhan yang terkena racun tersebut.


tumbuhan yang berada celah batu pun akan mati jika terkena racun.


cuma pabila rumput sudah mati,masih boleh kelihatan rumput tersebut menjadi kuning  dan masih berdiri tegak .


di harap perkongsian ini dapat membantu pembaca memilih teknik meracun atau memotong rumput.




No comments:

Post a Comment

COWGRASS

MASUK KELAS PASAL COWGRASS! Hari ni kita kongsi sikit pasal rumput cowgrass. COWGRASS ni paling mudah nak jumpa di Malaysia ni. ...